<$BlogRSDUrl$>

Monday, November 25, 2002

Bersyukur, kupanjatkan ke hadrat Illahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali. Namun setiap kali ia datang , ia berbeza...atau akukah yang berbeda?Memang benar, usiaku telah bertambah, dan keliatan lutut untuk kuat berdiri bertarawih semakin goyah...

Semalam kugagahi ke surau.Selepas isyak- seorang ustaz memberi tazkirah ringkas:
Sedarilah kita telah berada dipenghujung Ramadhan, 10 hari yang terakhir. Beliau memperkatakan tentang hadis-hadis yang meriwayatkan bila hadirnya Lailatul Qadar. Menurut hadis riwayat bukhairi: carilah di 10 hari yang terakhir pada malam-malam yang ganjil seperti 21,23,25,27 atau 29.

Aku segera teringat artikel yg ku baca di akhbar tabloid perdana keluaran 8dis. 02 m.s 21. Penulisnya menukilkan bahawa imam al-ghazali pernah mencatatkan bahawa ''Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari isnin, maka turunnya lailatulqadar pada malam 21. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari selasa/jumaat, maka turunnya lailatulqadar pada malam 27. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari rabu/ahad, maka turunnya lailatulqadar pada malam 29. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari khamis, maka turunnya lailatulqadar pada malam 25. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari sabtu, maka turunnya lailatulqadar pada malam 23.Puf! lagi persis, desis hatiku.

Sambung tazkhirah ustaz itu lagi, diriwayatkan juga, aisyah pernah bertanyakan Rasulullah: apakah yang akan dimintanya jika dia terpilih untuk menemui malam Lailatul qadar. Lantas rasulullah menyuruh meminta ampun."Wahai tuhan yang maha lemah-lembut, maha pengampun- ampunilah daku. Dosa-dosaku yang sengaja atau tanpa sengaja, terang-terangan atau tersembunyi."

Ketika itu aku berbisik dihati: 'alangkah berlainan, keinginan pintaku...aku ingin kaya! ingin darjat! ingin...'. Terselit lagi ucapan uztaz ditelinga: minta ampun dulu, jika ada senarai lain yang panjang sekalipun, selepas itulah....tapi minta ampun dulu....Ucap beliau dengan tersenyum. Tambah beliau lagi...(dia kata: ni selangan macam iklan dalam TV)

Jangan lupa bersegeralah tunaikan zakat fitrah sebelum bersembahyang Hari Raya nanti, kerana amalan puasa kita masih tergantung tidak diangkat untuk penilaian Allah,sehinggalah kita menunaikan fitrah tersebut. Selepas itu kamipun bersembahyang tarawihlah..
***

Sekurang-kurangnya, kendatipun tidak mengemaskini weblog, namun anda bakal menemukan ayat dan hadis baru setiap hari jika mengikuti links berikut:
(1)Ayat Al-Quran hari ini
(2)Hadis hari ini

Hari ini, aku sedikit longlai. Semalam diserang oleh senak perut dan cirit-birit sehinggakan tarawih yang kutanguh-tangguhkan terlucut menjelang subuh pagi.

Azhif, anak sulongku berusia 9 tahun, kini meneruskan usaha berpuasanya dengan gagah tanpa meninggalkan barang seharipun lagi. Apa yang memotivasikannya, aku sedikit tercari-cari 'clue'. Adakah kerana nenek wannya telah berjanji akan menghadiahkan RM100 jika menamatkan puasa genap ramadhan kali ini. Itu aku tak pasti.

Aku selalu menasihati anak-anak, beramal jangan kerana duit, ikhlaskan lah 'lillahita'alla'. Pernah kusangkal kemahuan orang tua menyandarkan semangat anak-anak untuk melakukan sesuatu kepada duit. Orang tua aku senyum, dan berkata: 'kau bekerja nak apa?, ikhlas ke tidak buat kerja?' Aku merenung-renung ke dalam diri sendiri - untuk mencari erti dan mendakap pasti.

Aku bekerja - belum cukup 30 hari, hatiku dah merenget-renget, bilakah gaji. Maklumlah itu nak bayar, ini nak beli, hutang tak berkurang tapi tambah lagi...dah maklum, gaji kecil. Ikhlas tak aku kerja? Woi...surelah! mana boleh tak ikhlas..sesia aje penat kalau tak ikhlas. Tapi kau dibayar gaji? Aku nak lagi di akhirat nanti, atau di sini seperti dalam agihan janji 'spiritual'nya. Habis, apa maknanya. Apa erti? Apa yang kau pasti?

Erk!?.....aku berleter suruh anak aku sembahyang. Tak guna (maaf, aku patut potong perkataan 'guna'-kerana ia berguna sebenarnya. Sepatutnya aku guna perkataan 'betul') puasa tapi tak sembahyang!. Aku cukup tidak mahu anakku terikut perangai sesetengah orang yang kononnya berpuasa, tetapi sembahyangnya tidak...mana belajar entah, atau memang tak belajar fardhu ain...

Ikuti intipati khutbah Nabi menyambut Ramadhan menerusi link ini
khutbah ramadhan

This page is powered by Blogger. Isn't yours?