<$BlogRSDUrl$>

Thursday, July 03, 2003

Dengan nama Allah yang...
Hari ini aku menitikan kembali pandangan kepada isi kitab-kitab lama yang dah memang lama tak terusik. Bab meneraju segala dengan nama Allah sahaja...sudah membuat hatiku terusik. Mengapa kadang-kala perbuatan-perbuatan kita berada di luar tabie = tertinggalkan dengan nama Allah...? Adakah syaitan yang mencelah atau darjat pengabdian diri kita masih rendah?

Maka hari ini aku berBismillah bagi mendatangkan bermacam-macam hajat. Maklum hamba sepertiku tidak banyak apa yang ada, maka hajat sajalah yang kaya...

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang: mohon
1. Cerdaskan akal
2. berikan kewibawaan yang besar
3. elakkan dari gangguan syaitan, jin dan manusia zalim dan berniat keji
4. sembuhkan segala penyakit
5. hindari dari sesuatu yang dibenci
6. memurahkan rezeki
7. melariskan dagangan
8. membangkitkan cinta kasih -sayang
9. berani di atas jalan kebenaran
10. Menyuburkan harta

Berkecukupan setakat itu dulu pintaku di kali ini ya Rabbi...

Wednesday, January 29, 2003

Pagi ini, aku begitu kemaruk untuk mengakses internet setelah berminggu-minggu aku menghadapi kesukaran untuk berbuat begitu. Usah ditanya akan sebab musababnya. Satu hantaran e-mail dari sahabat yang bertugas di S'pore mencolek rohani dan ku paparkan di sini:
From: "NIK HAZIM, SINGAPORE UNIT TRUST"
To: MARINA_1972@hotmail.com
Subject: Fwd: susah nak buat...tapi elok try..
Date: Wed, 29 Jan 2003 04:38:24 -0500 (EST)

---- Original Msg from: zafri@pnb.com.my At: 1/29 14:25



Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak
bersifat sombong dan angkuh

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah
kanak-kanak itu lebih mulia
daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak
melakukan dosa daripada
kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia
lebih mulia daripada

kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia
lebih mulia daripada
kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan
ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih
mulia daripada kita
kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan
kita membuat dosa
dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih

mulia kerana mungkin
satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas
kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam
hati bahawa mungkin
pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh
Allah dan akan
memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni
oleh Allah.

Catatanku: Apabila bertemu dengan dirimu...dirimu yang lagi satu, pernahkah kau menghulur salam, mengucapkan sejahtera? Nanti jumpa lagi, wahai kekasih - diriku yang lagi satu.




Monday, November 25, 2002

Bersyukur, kupanjatkan ke hadrat Illahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali. Namun setiap kali ia datang , ia berbeza...atau akukah yang berbeda?Memang benar, usiaku telah bertambah, dan keliatan lutut untuk kuat berdiri bertarawih semakin goyah...

Semalam kugagahi ke surau.Selepas isyak- seorang ustaz memberi tazkirah ringkas:
Sedarilah kita telah berada dipenghujung Ramadhan, 10 hari yang terakhir. Beliau memperkatakan tentang hadis-hadis yang meriwayatkan bila hadirnya Lailatul Qadar. Menurut hadis riwayat bukhairi: carilah di 10 hari yang terakhir pada malam-malam yang ganjil seperti 21,23,25,27 atau 29.

Aku segera teringat artikel yg ku baca di akhbar tabloid perdana keluaran 8dis. 02 m.s 21. Penulisnya menukilkan bahawa imam al-ghazali pernah mencatatkan bahawa ''Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari isnin, maka turunnya lailatulqadar pada malam 21. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari selasa/jumaat, maka turunnya lailatulqadar pada malam 27. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari rabu/ahad, maka turunnya lailatulqadar pada malam 29. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari khamis, maka turunnya lailatulqadar pada malam 25. Apabila awal ramadhan itu jatuh pada hari sabtu, maka turunnya lailatulqadar pada malam 23.Puf! lagi persis, desis hatiku.

Sambung tazkhirah ustaz itu lagi, diriwayatkan juga, aisyah pernah bertanyakan Rasulullah: apakah yang akan dimintanya jika dia terpilih untuk menemui malam Lailatul qadar. Lantas rasulullah menyuruh meminta ampun."Wahai tuhan yang maha lemah-lembut, maha pengampun- ampunilah daku. Dosa-dosaku yang sengaja atau tanpa sengaja, terang-terangan atau tersembunyi."

Ketika itu aku berbisik dihati: 'alangkah berlainan, keinginan pintaku...aku ingin kaya! ingin darjat! ingin...'. Terselit lagi ucapan uztaz ditelinga: minta ampun dulu, jika ada senarai lain yang panjang sekalipun, selepas itulah....tapi minta ampun dulu....Ucap beliau dengan tersenyum. Tambah beliau lagi...(dia kata: ni selangan macam iklan dalam TV)

Jangan lupa bersegeralah tunaikan zakat fitrah sebelum bersembahyang Hari Raya nanti, kerana amalan puasa kita masih tergantung tidak diangkat untuk penilaian Allah,sehinggalah kita menunaikan fitrah tersebut. Selepas itu kamipun bersembahyang tarawihlah..
***

Sekurang-kurangnya, kendatipun tidak mengemaskini weblog, namun anda bakal menemukan ayat dan hadis baru setiap hari jika mengikuti links berikut:
(1)Ayat Al-Quran hari ini
(2)Hadis hari ini

Hari ini, aku sedikit longlai. Semalam diserang oleh senak perut dan cirit-birit sehinggakan tarawih yang kutanguh-tangguhkan terlucut menjelang subuh pagi.

Azhif, anak sulongku berusia 9 tahun, kini meneruskan usaha berpuasanya dengan gagah tanpa meninggalkan barang seharipun lagi. Apa yang memotivasikannya, aku sedikit tercari-cari 'clue'. Adakah kerana nenek wannya telah berjanji akan menghadiahkan RM100 jika menamatkan puasa genap ramadhan kali ini. Itu aku tak pasti.

Aku selalu menasihati anak-anak, beramal jangan kerana duit, ikhlaskan lah 'lillahita'alla'. Pernah kusangkal kemahuan orang tua menyandarkan semangat anak-anak untuk melakukan sesuatu kepada duit. Orang tua aku senyum, dan berkata: 'kau bekerja nak apa?, ikhlas ke tidak buat kerja?' Aku merenung-renung ke dalam diri sendiri - untuk mencari erti dan mendakap pasti.

Aku bekerja - belum cukup 30 hari, hatiku dah merenget-renget, bilakah gaji. Maklumlah itu nak bayar, ini nak beli, hutang tak berkurang tapi tambah lagi...dah maklum, gaji kecil. Ikhlas tak aku kerja? Woi...surelah! mana boleh tak ikhlas..sesia aje penat kalau tak ikhlas. Tapi kau dibayar gaji? Aku nak lagi di akhirat nanti, atau di sini seperti dalam agihan janji 'spiritual'nya. Habis, apa maknanya. Apa erti? Apa yang kau pasti?

Erk!?.....aku berleter suruh anak aku sembahyang. Tak guna (maaf, aku patut potong perkataan 'guna'-kerana ia berguna sebenarnya. Sepatutnya aku guna perkataan 'betul') puasa tapi tak sembahyang!. Aku cukup tidak mahu anakku terikut perangai sesetengah orang yang kononnya berpuasa, tetapi sembahyangnya tidak...mana belajar entah, atau memang tak belajar fardhu ain...

Ikuti intipati khutbah Nabi menyambut Ramadhan menerusi link ini
khutbah ramadhan

Sunday, November 10, 2002

Aku mencari diri yang lagi satu, diri yang kurindukan, diri yang kuabaikan....Hari ini sempena ramadhan, ku cuba dekati diri itu, ku cuba rangkul dia itu, jangan pula kau lari ....Aku mahu kita sebati, ya kita: antara aku dan diri.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?